Monday, February 22, 2010

HUTAN LIPUR GUNUNG SENYUM


Hutan Lipur Gunung Senyum terletak dalam Hutan Simpan Jengka yang merupakan jenis Hutan Dipterokarp Pamah. Hutan Lipur ini terkenal dengan keunikan gua-gua yang penuh dengan misteri yang tersendiri. Menurut kajian arkeologi, hutan lipur ini terdapat bukti kesan-kesan sejarah kehidupan manusia zaman Mesolitik. Terdapat 18 gua di Gunung Senyum dan 7 gua di Jebak Puyuh dan terdapat dua laluan denai untuk pengunjung menjelajah hutan dan gua iaitu ke Jebak Puyoh dan laluan dari Gua Kelawar ke Gua Kambing.

Selain daripada itu, terdapat pelbagai spesies flora dan fauna terdapat dalam kawasan hutan lipur ini. Beberapa kemudahan disediakan untuk pengunjung untuk menjalankan aktiviti di sini seperti berkhemah, merentas denai hutan, berjogging, meneroka gua dan berkelah. Selain itu terdapat 2 asrama dan 4 buah chalet untuk pengunjung yang ingin bermalam di sini.